DIVA bukanlah nak menuduh tetapi sekadar bertanya, adakah penyanyi Intan Sarafina sebenarnya bertudung atau tidak?
Bukan apa, Diva tidak berapa faham konsep bertudung dan menutup aurat yang dipraktikkan bekas peserta Gegar Vaganza itu.
Ada waktu dia bertudung litup. Tapi apabila beriadah, pelantun lagu Duhai Malam itu hanya mengenakan topi sehingga menampakkan bahagian leher dan rambutnya.
Orang kata, kalau betul dah bertudung, elok-eloklah. Banyak mata yang memerhati. Mungkin sebab itu juga Intan mengambil pendekatan untuk mengehadkan komen dalam Instagram miliknya.
Tak tahan agaknya dengan mulut-mulut netizen. Tapi nak buat macam mana kalau perbuatan sendiri yang mengundang komen.
Lagipun dah banyak kali terjadi trend artis yang bertudung, tiba-tiba kembali pada imej lama. Tudung pun dah ‘melayang’ entah ke mana.
Apa-apa pun Diva ‘husnuzon’ sahaja. Intan pun baru sahaja bertudung dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Cuma Diva nasihatkan Intan, kalau belum bersedia, janganlah dikongsikan dalam media sosial. Buat tambah dosa orang lain pula.
DIVA: Untung jadi Mira Filzah, dah mengandung enam bulan badan masih macam anak dara.