fbpx

Kebahagian diragut akibat diabetes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Badrul Hisham (kanan) dan Norhaslin (dua dari kanan) menceritakan mengenai penderitaannya kepada tetamu di rumah mereka di Kampung Jawa, Klang kelmarin.

KLANG – Hidup riang dan bahagia seorang pembantu bius di sebuah hospital swasta bertukar suram apabila dia menjadi buta dan kakinya dipotong akibat penyakit diabetes kronik yang dihidapinya sejak setahun lalu.

Badrul Hisham Sulaiman, 40, dari Kampung Jawa di sini, berkata, dia menghidap penyakit itu enam tahun lalu yang meng­akibatkannya menjadi buta dan tidak mampu untuk meneruskan kerja bagi menampung hidupnya sekeluarga.

Kata bapa kepada seorang anak itu, pendapatan sebanyak RM1,550 sebulan kini tidak lagi diperoleh dan terpaksa menye­rahkan tugas sebagai ketua ke­luarga kepada isterinya, Norhaslin Saimin, 41.

“Isteri saya bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah berdekatan dengan gaji RM2,000 sebulan. Saya memang mengharapkan dia kerana tidak mampu lagi untuk bekerja kerana buta.

“Saya perlu melakukan rawatan dialisis dengan kerap dan kaki kanan terpaksa dipotong dua tahun lalu akibat diabetes kronik,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Tambahnya, dia bersyukur apabila menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM400 sebulan, namun tidak mencukupi bagi keperluannya penyakitnya.

Menurut Badrul Hisham, dia juga memerlukan wang untuk membli susu formula berharga RM768 dan lampin pakai buang serta rawatan kos perubatan yang lain.

“Bantuan lain adalah pencen ilat sebanyak RM700 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial bagi sara hidup.

“Sekarang saya tinggal di rumah pusaka keluarga yang ­mengalami kerosakan terutama di bahagian atap,” katanya.

Jelasnya, dia berharap kembali sembuh daripada penyakit ­diabetes yang sekurang-kurangnya dapat membolehkannya berge­rak untuk membantu ­isterinya.

Orang ramai yang ingin ­menghulurkan bantuan boleh menghubungi Badrul Hisham di talian 012-346 5846 atau me­nyalurkannya ke akaun Maybank 162116048757.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI