TERSEMBURLAH air kopi yang baru lolos ke tekak Diva apabila terbaca komen netizen menyamakan pelakon cantik Emma Maembong dengan usahawan kosmetik ‘dua alam’, Nur Sajat.
Tak baik! Emma punyalah cantik dan original, boleh pula netizen samakan dirinya dengan Sajat.
Tapi bila tengok gaya dan aksi ‘gedik-gedik’ manja Emma dalam video yang dimuat naik dalam Instagramnya, logik juga apa kata netizen.
Jadi, tak hairanlah bila ada netizen samakan dirinya dengan usahawan yang kini sedang hidup bahagia di Australia itu.
Menjawab usikan netizen, Emma kata, Sajat juga manusia dan setiap orang dilahirkan cantik di muka bumi ini.
“Tak apa. Sajat pun manusia. Semua orang cantik,” kata Emma.
Seperti biasalah, ada juga komen menyuruh pelakon putih gebu itu menjaga aurat. Sebabnya boleh tahan seksi juga Emma dengan gaun hitamnya yang sarat labuci dan berkain net itu.
Tak apalah. Yang penting suami dia suka dan cintakan dia sepenuh hati. Emma nak pakai apa pun, dia punya suka dan tidak menyusahkan orang lain. Betul tak. Suami Emma pun sporting sahaja.
DIVA: ‘Jambu’ betul wajah suami baharu penyanyi Syura Badron. Tak sia-sia bertahun-tahun hidup solo. Semoga bahagia hingga ke syurga ya Syura.