HARAPAN peminat untuk menantikan kemunculan semula kumpulan April nampaknya tidak kesampaian apabila mereka sah dibubarkan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan agensi mereka DSP pada Jumaat lalu, kumpulan itu secara rasminya dibubarkan baru-baru ini.
“Kami ingin memberitahu anda bahawa artis kami, April sudah dibubarkan.
“Selepas lama berbincang, agensi dan April memilih untuk dibubarkan sekali gus membawa haluan sendiri.
“Kami meminta anda untuk terus menyokong artis naungan kami dan terima kasih atas sokongan serta kasih sayang selama enam tahun ini,” tulis kenyataan tersebut.
Sekadar info, April memulakan debut pada 2015 dan kali terakhir hadir dengan buah tangan terbaharu menerusi album istimewa berjudul, Hello Summer pada 2020.