fbpx

Medvedev buru Grand Slam kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEDVEDEV berjaya menumbangkan Stefanos Tsitsipas pada aksi separuh akhir untuk mara ke pentas final Terbuka Australia kali ini. – AFP

MELBOURNE – Pemain No.2 dunia, Daniil Medvedev melaungkan keyakinan dia mampu untuk merangkul gelaran pada kejohanan tenis Terbuka Australia apabila turun menentang Rafael Nadal di perlawanan akhir hari ini.

Pemain Rusia itu memasang impian untuk meneruskan kecemerlangan dalam saingan Grand Slam selepas memenangi kejohanan Terbuka Amerika Syarikat dengan menewaskan Novak Djokovic tahun lalu.

Katanya, dia langsung tidak berdepan sebarang tekanan menjelang perlawanan akhir hari ini kerana percaya dia mampu untuk menewaskan sesiapa sahaja apabila berada pada prestasi terbaik.

“Saya tidak ada sebarang tekanan kerana saya tahu kemampuan diri sendiri. Apa yang pen­ting, saya yakin boleh tewaskan sesiapa sahaja kerana motivasi saya bertambah selepas menang ke atas Nick Kyrgios di pusingan kedua.

“Selepas Terbuka Amerika Syarikat, saya tahu prestasi saya berada di kemuncak pada ketika ini. Sebelum kejohanan (Terbuka Australia) bermula, saya tahu tidak mustahil untuk saya buktikan kemampuan,” ujar Medvedev.

Justeru, dia sedia untuk menebus kekecewaan musim lalu apabila tewas kepada Djokovic di perlawanan akhir bagi menafikan peluangnya untuk bergelar juara Terbuka Australia.

“Saya tahu bukan mudah untuk bermain menentang pemain-pemain berpengalaman seperti Rafael (Nadal) dan Roger (Fede­rer) tetapi ia menyeronokkan. Ketika kecil, saya sentiasa memba­yangkan beraksi menentang dua pemain ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN