fbpx

Aliran trafik Lebuh Raya Utara-Selatan, KL- Karak makin sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesesakkan aliran trafik di Hentian Genting Sempah melalui Lebuh Raya Karak menghala ke Pantai Timur berikutan orang ramai mula pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baru Cina ketika tinjauan di Hentian Genting Sempah di sini hari ini. Foto oleh - AMIR KHALID

PETALING JAYA – Keadaan aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) kelihatan semakin sesak apabila orang ramai dilihat mula memasuki lebuh raya untuk pulang ke kampung sempena Tahun Baharu Cina.

Tinjaun Kosmo! menerusi portal rasmi Lembaga Lebuh Raya Malaysia mendapati kenderaan dilaporkan bergerak perlahan bagi ketiga-tiga lebuh raya berkenaan.

Keadaan aliran trafik terkini di Lebuh Raya Utara-Selatan, Karak

Sementara itu, setakat pukul 4.26 petang, pertambahan kenderaan ke arah Pantai Timur turut menyebabkan aliran trafik perlahan di KLK.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebanyak 120,000 kenderaan dijangka masuk ke negeri Melaka dan 50,000 kenderaan dijangka masuk ke Pulau Pinang bermula esok sempena cuti umum Tahun Baharu Cina pada 1 Februari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI