fbpx

Bendang kering, pesawah berdepan kerugian RM800,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 50 orang petani sawah berkumpul secara aman Bendang Gaal, Pasir Puteh untuk menggesa agensi kerajaan mengambil tindakan segera bagi membantu mencari kaedah penyelesaian terhadap isu kemarau. FOTO TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Seramai 150 petani yang mengusahakan padi di Bendang Gaal, Gong Datuk dan Wakaf Bunut di sini berdepan kerugian lebih RM800,000 apabila tanaman mereka terjejas akibat musim kemarau yang melanda lebih awal daripada jangkaan mereka.

Petani mendakwa, tiga bendang seluas kira-kira 200 hektar itu tidak menerima bekalan air sejak sebulan lalu sehingga kawasan mereka mencari rezeki menjadi kering-kontang sekali gus menyebabkan proses pemberian baja kepada benih padi varieti CL20, 277 dan 269 tidak dapat diteruskan.

Seorang petani, Abdul Rahim Ab. Rahman, 62, yang mengusahakan sawah seluas 37 hektar berkata, padi yang berusia 70 hari kini sedang bunting dan jika masalah bekalan air tidak diselesaikan segera tanaman itu akan berbuah tanpa isi.

“Selama ini kami bergantung kepada taburan hujan, namun kemarau melanda lebih cepat hingga tanah merekah awal tahun ini. Semua parit dan longkang saliran air turut kering malah kami juga tuada sumber air terdekat untuk disalirkan ke sawah.

“Kami memohon agensi pertanian terlibat supaya buat kajian dan bantu kami bekalkan air ke dalam parit untuk disalirkan kepada sawah masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita di Bendang Gaal di sini hari ini.

Terdahulu, lebih 50 pesawah berkumpul secara aman di situ yang menggesa agensi kerajaan mengambil berat dan segera bertindak membantu mencari kaedah penyelesaian terhadap isu kemarau. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI