PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana berukuran 6.1 skala Richter melanda rantau kepulauan Kermadec pada pukul 10.46 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada 29.5 darjah selatan dan 176.6 darjah barat dengan kedalaman 17 kilometer (km).
“Kejadian berlaku di 1,128 km Timur Laut dari Tauranga, New Zealand.
“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian bencana alam itu,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE