PETALING JAYA – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) hari ini mengesahkan kematian orang kena tahan (OKT) dalam tahanan polis di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, Terengganu.
Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, kejadian berlaku pada pukul 3 petang hari ini melibatkan seorang lelaki berusia 38 tahun.
“OKT adalah seorang lelaki Melayu berumur 38 tahun, yang ditangkap di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
“OKT telah direman selama tiga hari mulai 28 Januari 2022 hingga 30 Januari 2022 di Mahkamah Majistret Marang, Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) akan menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes itu. – K! ONLINE