fbpx

Jangan temberang! – Tunku Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU ISMAIL menjunjung titah Sultan Ibrahim untuk terus bersama JDT sampai bila-bila. – JOHOR SOUTHERN TIGERS

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengekalkan dakwaan bahawa bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim yang meminta gaji tidak setimpal dengan pengalamannya.

Sebagai rekod, Tunku Ismail dalam satu temuramah bersama sebuah televisyen swasta mendakwa, Teong Kim pernah meminta gaji sebanyak €70,000 hingga €80,000 (RM330,000-380,000) sebulan untuk melatih pasukan pembangunan JDT.

“Berkenaan Teong Kim, saya ditanya pendapat jika dia sebagai calon jurulatih skuad kebangsaan baharu? Jadi, saya jawab dan memberi pendapat, terma­suk gaji yang diminta untuk menjadi jurulatih pembangunan JDT.

“Kalau Teong Kim nak menafikan, saya ada saksi. Kalau nak bercerita mengenai lesen jurulatih, jurulatih kecergasan JDT pun ada lesen pro UEFA (Ke­satuan Bola Sepak Eropah),” kata Tunku Mahkota Johor menerusi Twitternya.

Sementara itu, Tunku Ismail juga mahu bekas bintang bola sepak kebangsaan itu tidak ‘putar belit’ dengan menafikan permohonan gaji besar yang dimahukannya.

“Jangan nak temberang, pasukan kewangan kami tahu berapa banyak yang kamu minta.

“Bila saya tanya kenapa mahal sangat, awak jawab, jikalau saya mampu beli Lamborghini takkan gaji tu saya tak mampu. Itu yang awak cakap. Jadi tolong, jangan putar belit,” kata Tunku Ismail.

Menerusi temu bual tersebut, Tunku Ismail menjelaskan, bekas jurulatih skuad bawah 19 tahun (B-19) kelab Bayern Munich itu dianggap tidak mempunyai pe­ngalaman secukupnya untuk melatih skuad senior.

“Untuk sistem pembangunan boleh, tapi nak beri gaji berapa? Masa dia nak kerja dengan saya, dia minta €70,000 hingga €80,000 sebulan dan nak bawa dua orang pembantu. Takkan saya nak bayar sampai begitu. Saya punya pemain dan ketua jurulatih pun tak sebanyak itu.

“Tetapi kalau betul dia nak buat pembangunan, saya dengan bola sepak Malaysia, suruhlah dia buat dengan gaji RM20,000-RM30,000 sebulan,” kata Tunku Ismail.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI