fbpx

United pertimbang kekalkan Rangnick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANGNICK (tengah) berjaya memberi impak dari aspek kekuatan benteng pertahanan United apabila sekadar bolos tujuh gol dalam 10 perlawanan. – AFP

MANCHESTER – Manchester United dilaporkan sudah menghentikan usaha memburu khid­mat pengurus baharu musim depan selepas berpuas hati de­ngan prestasi pengendali sementara, Ralf Rangnick.

Selepas dilantik sebagai pe­ngurus sementara, jurulatih dari Jerman itu dikatakan berjaya menyelesaikan masalah pada bahagian pertahanan United yang menjadi kelemahan mereka sebelum ini.

Sementara itu, tewas sekali serta hanya bolos tujuh gol dalam 10 perlawanan menjadikan beliau lebih baik berbanding pengurus terdahulu, Ole Gunnar Solskjaer yang melepaskan 22 gol.

Justeru, prestasi semasa di­tampilkan The Red Devils di ba­wah kendalian Rangnick nyata berjaya memuaskan hati pengurusan pasukan itu yang mahu melihat prestasi lebih stabil selepas ini.

Bagaimanapun, United dila­porkan tidak mahu tergesa-gesa membuat keputusan kerana ti­dak mahu apa yang berlaku sebelum ini berulang semula seperti ketika mereka melantik Solskjaer sebagai pengurus.

Terdahulu, United dikatakan sudah membuat senarai pendek berhubung calon pengurus baharu pasukan itu musim depan termasuk Mauricio Pochettino, Erik ten Hag, Luis Enrique serta Julen Lopetegui.

Memandangkan Rangnick me­rupakan seorang yang pakar dalam bidang pencarian bakat, beliau mungkin akan dilantik sebagai penasihat pasukan dalam urusan perpindahan pemain nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI