fbpx

Gadis 29 tahun bergelar model ‘mak cik’ popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Xiaoqing merupakan seorang model popular di China yang menggayakan fesyen untuk wanita pertengahan usia. – Oddity Central

BEIJING – Seorang gadis dari China tidak menyangka bahawa percubaannya untuk menyertai satu uji bakat  mencari model wanita separuh usia akhirnya menjadi karier tetap buatnya selama 11 tahun sehinggakan dia dikenali sebagai ‘wajah’ bagi ‘fesyen mak cik’ di negara itu, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Liang Xiaoqing, 29, sering disolek sebagai wanita berusia dalam lingkungan umur 40-an atau 50-an sejak dia berumur 18 tahun lagi.

Dia bekerja sebagai model pertengahan usia  sejak mencapai umur tersebut, dengan berbekalkan gaya elegan dan mewah serta paras rupa yang lebih tua daripada usia sebenarnya.

Menurut Xiaoqing, ketika dia mula menceburi dunia permodelan, dia baru sahaja memenangi satu pertandingan ratu cantik dan bercita-cita untuk menjadi pramugari atau model.

Bagaimanapun, ketika menerima jemputan bagi menghadiri sesi penggambaran yang disasarkan untuk wanita separuh usia, gadis tersebut membuat keputusan untuk mencuba meskipun dia tidak menyukainya.

“Saya amat tidak gembira ketika sesi penggambaran tersebut. Baju-bajunya amat teruk dan gaya rambut juga amat tinggi untuk saya,” katanya.

Tambah Xiaoqing, satu-satunya perkara yang dia suka berkenaan penggambaran tersebut adalah bayaran yang diterima, di mana dia telah dibayar sebanyak 2,500 yuan (RM1,647).

Pada ketika itu, ia merupakan satu jumlah yang besar terutamanya buat seorang remaja berumur  18 tahun.

Majikannya kemudian  berpendapat bahawa Xiaoqing mempunyai gaya yang sempurna untuk menjadi seorang ‘mak cik’, lalu dia membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya tersebut sehingga 11 tahun lamanya.

Kini, Xiaoqing merupakan model ‘mak cik’ paling popular di China yang dibayar untuk menggayakan kira-kira 400 pasang pakaian pada kadar 40 set baju bagi hari bekerja biasa.

Kebolehannya untuk mengubah gaya dan ekspresi wajah seperti seorang wanita separuh umur membuatkan tiada sesiapa pun yang boleh melakukan tugas itu seperti  dirinya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI