fbpx

Bekas kandang lembu jadi tempat berteduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Shukri bersama lima anaknya menumpang di rumah uzur yang dahulunya kandang lembu di Kampung Pela, Ajil, Hulu Terengganu.

HULU TERENGGANU – Seorang bapa tunggal gigih membesarkan lima anak perempuan bersendirian biarpun dalam hidup serba kekurangan di Kampung Pela, Ajil di sini.

Raja Shukri Raja Mansor, 46, dan lima anaknya yang berusia sembilan hingga 16 tahun kini menumpang teduh di sebuah rumah uzur yang asalnya sebuah kandang lembu.

Menurut lelaki itu, anak sulungnya merupakan orang kelai­nan upaya (OKU) rabun kronik.

“Saya mencari rezeki sebagai pengait buah kelapa sawit. Bagi mendapatkan duit lebih, saya melakukan pelbagai kerja termasuk mencari belut, mengambil upah membersihkan kebun orang dan bersawah.

“Begitupun taraf hidup saya tetap tidak berubah dan memperoleh pendapatan kira-kira RM800 sebulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pela di sini baru-baru ini.

Raja Shukri bagaimanapun bersyukur kerana anak-anaknya tidak pernah merungut biarpun mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Menurut lelaki itu, dia menguruskan anak-anak bersendirian selepas berpisah dengan bekas isteri kira-kira lima tahun lalu.

“Rutin harian saya adalah menyediakan makan minum anak-anak sebelum menghantar mereka ke sekolah.

“Selepas itu saya keluar be­kerja mengait buah kelapa sawit sebelum mengambil mereka pulang dari sekolah dan meneruskan kerja-kerja sampingan lain sekiranya dipanggil penduduk kampung,” katanya.

Walaupun reda dengan takdir hidup, Raja Shukri mengakui dia berasa risau dengan masa depan anak-anaknya kerana rumah yang diduduki mereka ketika ini dibina atas ihsan sahaja di atas tanah milik orang lain.

“Bukan mahu bersangka tidak baik tetapi ke mana kami enam beranak hendak berteduh jika sesuatu terjadi kerana kami tiada rumah dan tanah sendiri,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati dengan Raja Shukri boleh menghulur sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 11500-0806984050100013 atas nama anaknya, Raja Shamira Noraisyah atau menghubungi talian 019-264 9531.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI