fbpx

Kucing di Britain obes, 50,000 kena kencing manis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR kucing peliharaan yang menjalani percubaan klinikal mempunyai berat sehingga 12 kilogram ketika disahkan menghidap diabetes. – Daily Mail

LONDON –  Satu kaji selidik mendapati lebih tiga juta ekor kucing di Britain mempunyai berat badan berlebihan dan lebih 50,000 kucing turut menghidap diabetes, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Menerusi tinjauan terbaharu itu yang dijalankan oleh organisasi Cats Protection, lebih satu perempat daripada 2,000 pemilik kucing yang ditinjau mengaku memberi makan berlebihan kepada haiwan peliharaan mereka sejak perintah berkurung koronavirus dilaksanakan pada Mac 2020.

Bagaimanapun, pemilik-pemilik boleh meletakkan kucing gemuk mereka dalam ujian klinikal oleh Kolej Veterinar Diraja dengan harapan untuk menurunkan berat badan dan memulihkan diabetes melalui amalan diet yang ketat.

Seekor kucing yang menyertai ujian klinikal itu dilaporkan mempunyai berat sehingga 12 kilogram setelah disahkan menghidap diabetes.

Seorang pemilik kucing obes, Rachel Fortescue yang tinggal di perkampungan Frating, daerah Essex turut meletakkan kucing jenis Burma miliknya bernama Lester yang menghidap diabetes dalam skim percubaan tersebut.

“Saya telah melihat Lester kembali menjadi kucing yang gembira, penyayang, suka bermain semula selepas gejala diabetesnya hilang. Untuk itu, saya bersyukur selama-lamanya,’’ katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI