fbpx

PBB umum Korea Utara pengerusi sidang kemuncak perlucutan senjata nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKARA tersebut diumumkan pada hari pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Un melancarkan ujian peluru berpandu keenam tahun ini. - AFP

GENEVA – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa apabila mengumumkan Korea Utara sebagai pengerusi forum perlucutan senjata nuklear pada hari pemimpin tertingginya, Kim Jong-Un melancarkan ujian peluru berpandu keenam tahun ini.

Menurut akhbar Daily Mail semalam, Pyongyang akan mengambil alih penggiliran jawatan Presiden untuk Persidangan Perlucutan Senjata antara 30 Mei hingga 24 Jun tahun ini. 

Perkara tersebut didedahkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan, UN Watch yang berpangkalan di Geneva.

Pengarah Eksekutif UN Watch, Hillel Neuer berkata, tindakan pemimpin Korea Utara untuk mengetuai sidang tersebut boleh diibaratkan sebagai meletakkan perogol bersiri untuk melindungi kaum wanita. 

“Ini adalah negara yang mengancam untuk menyerang negara-negara anggota PBB lain dengan peluru berpandunya dan melakukan kekejaman terhadap rakyatnya sendiri.

“Penyiksaan dan kebuluran menjadi rutin di kem-kem penjara Korea Utara dengan anggaran 100,000 banduan ditahan yang merupakan situasi hak asasi manusia antara paling menyedihkan di dunia,’’ jelas beliau. 

Dalam pada itu, kumpulan tersebut menyeru agar duta-duta dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah untuk memboikot persidangan yang diketuai Korea Utara itu. 

Menurut UN Watch, ia menjejaskan tujuan persidangan itu sendiri apabila diketuai oleh seorang pemimpin daripada rejim Korea Utara.

“Korea Utara sebagai pengerusi sidang ini akan menjejaskan kreadibiliti PPB secara serius dan akan menghantar mesej yang paling buruk.

“Jika PBB berusaha menjadi sebuah institusi yang mempunyai kompas moral, ia tidak boleh membenarkan pihak seperti Korea Utara untuk mengetuai agensi kawalan senjata itu,’’ tambah Neuer. 

Ketua Staf-Staf Bersama Korea Selatan telah mengesan pelancaran dua peluru berpandu balistik oleh Korea Utara sekitar pukul 7 pagi (waktu tempatan) berhampiran Hamhung di  Laut Timur dengan kelajuan 193.1 kilometer sejam dan ketinggian 19.3 kilometer sejam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI