fbpx

PRN Johor: Peratusan bawah 65 beri manfaat pada UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaizan.

JOHOR BAHRU – Keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah idea ‘war room’ UMNO kerana mereka berasa mempunyai kelebihan ketika ini.

Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berkata, ‘war room’ UMNO itu juga sudah lama merancang untuk mengadakan PRN Johor dan hanya menunggu masa sesuai berbuat demikian.

Jelasnya, UMNO juga tahu jika PRN diadakan dalam situasi semasa, peratusan penduduk keluar mengundi dibawah 65 peratus akan memanfaatkan mereka.

“Apa yang berlaku di Johor hari ini memang sudah dirancang oleh UMNO melalui Timbalan Presidennya, iaitu Datuk Mohamad Hassan yang menyatakan parti itu akan menang besar sekiranya peratusan keluar mengundi rendah.

“Itu memang hajat UMNO dan kini mereka mahu merealisasikannya, sementara negeri Johor dan rakyatnya menjadi mangsa keadaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Suhaizan yang juga merupakan Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor memberitahu, itu satu tindakan tidak bermoral kerana pelbagai agenda yang memanfaatkan rakyat tertangguh akibat pembubaran DUN.

Sebelum ini, Mohamad dilaporkan berkata pihaknya tidak menafikan kemenangan kemenangan besar UMNO dalam PRN Melaka lalu kerana berjaya memanfaatkan situasi semasa dan peratusan keluar mengundi yang rendah.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor selepas menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI