fbpx

873 ingkar PKPP, 797 dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

Oleh NOR IDAYU BOSRO

PUTRAJAYA – Jumlah kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) meningkat kepada 873 dengan tangkapan paling tinggi sebanyak 580 membabitkan aktiviti kelab malam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan lain membabitkan aktiviti penjarakan fizikal (118) dan tidak memakai pelitup muka serta premis beroperasi lebih masa dengan masing-masing sebanyak 52 kes.

Beliau berkata, kesalahan lain yang dikesan termasuklah tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) (39), gagal menyediakan peralatan serta catatan keluar masuk (22), disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran (tujuh), langgar perintah kuarantin (dua) dan menghalang penjawat awam (satu).

“Semalam, pihak polis menahan 873 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP.

“Daripada jumlah itu, seramai 797 individu telah dikompaun, 71 ditahan reman dan lima dijamin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI