fbpx

Raja Ilya mahu keluarga lelaki mati ‘suntik punggung’ hubunginya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAJA ILYA berjanji mahu menegakkan keadilan agar pakar kosmetik tidak bertauliah mendapat hukuman setimpal.

PETALING JAYA – Selepas menggesa pakar kecantikan tidak bertauliah atau doktor palsu yang mengakibatkan kematian ditangkap dan diberi hukuman berat, pelakon popular, Raja Ilya kini bersungguh-sungguh mahu membela nasib keluarga mangsa terkesan dengan rawatan kecantikan ‘pembunuh’ tersebut.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStorynya, pemilik nama lengkap Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 36, sekali lagi naik marah apabila satu kes melibatkan kematian seorang lelaki akibat suntikan kecantikan baru-baru ini ditutup dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut tanpa melibatkan unsur jenayah.

Rentetan daripada keputusan itu, Raja Ilya meminta keluarga kepada mangsa supaya menghubunginya menerusi Instagram (DM) untuk sama-sama menegakkan keadilan.

“Minta keluarga mangsa hubungi saya. Tolong DM (direct massage) saya. Saya tidak akan biarkan perkara ini terjadi pada orang lain lagi. Ini sangat teruk!

“Saya akan lawan untuk mangsa walaupun saya tidak mengenalinya. Negara ini adalah Malaysia dan bukan sebuah negara tidak bertamadun!” tulisnya dalam InstaStory.

TANGKAP layar InstaStory Raja Ilya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki berperwatakan lembut ditemui mati di sebuah bilik hotel di Perak selepas mendapatkan suntikan membesarkan otot punggung.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditemukan terbaring di atas katil dan tidak bernafas oleh rakannya sekitar pukul 3 petang.

Berdasarkan maklumat awal, si mati mendapatkan suntikan tersebut daripada seorang wanita yang juga peniaga kosmetik dari Melaka dengan kos satu suntikan berjumlah RM500.

Bagaimanapun, hasil bedah siasat yang dibuat mendapati mangsa meninggal dunia akibat paru-paru berair dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut tanpa melibatkan sebarang unsur jenayah.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan paru-paru berair dan siasatan pihak polis dianggap selesai.

“Doktor tidak dapat mengaitkan punca kematian mangsa dengan kesan suntikan yang diambil. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut tanpa sebarang unsur jenayah,” kata Raja Ilya.

Dengan nada marah dan geram, pelakon filem KL Vampires itu secara sinikal mengkritik sistem keadilan di Malaysia kerana melepaskan seorang ‘pembunuh’ tanpa sebarang tindakan diambil.

“Siasatan untuk mangsa selesai. Maksudnya semua doktor-doktor palsu yang tidak ada lesen, teruskanlah membunuh semua orang.

“Sebab nampak gayanya undang-undang di Malaysia tidak ambil tindakan. Jadi teruskan membunuh semua orang,” ujarnya.

Terpanggil membantu, Raja Ilya sebenarnya seorang daripada mangsa yang perlu menanggung kesan sampingan akibat terjebak dengan rawatan kosmetik bersama pakar atau ‘doktor’ tidak bertauliah. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI