fbpx

50,000 kenderaan sehari dijangka masuk Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily (depan, kanan) ketika majlis pelancaran Op Selamat 17 Tahun Baharu Cina 2022 di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Jumlah kenderaan yang memasuki Pulau Pinang dijangka meningkat sehingga lebih 50,000 kenderaan sehari sepanjang cuti Tahun Baharu Cina yang disambut pada 1 Februari depan.

Sehubungan itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd Zain menasihatkan pemandu supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya serta memandu berhemah ketika cuti musim perayaan ini.

“Selain warga Pulau Pinang yang pulang ke negeri ini untuk menyambut Tahun Baharu Cina, kita jangka ada juga yang akan datang ke sini untuk bercuti.

“Jadi kita jangka kira-kira 50,000 kenderaan atau lebih akan memasuki Pulau Pinang pada cuti panjang ini,” katanya selepas menghadiri pelancaran Op Selamat 17 Sempena Tahun Baharu Cina 2022 di Pasar Jalan Perak di sini hari ini.

Op Selamat 17 dilaksanakan bermula hari ini hingga 6 Februari dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’.

Menurut beliau, pihaknya juga menjangkakan kesesakan akan berlaku di beberapa lokasi dan kawasan hotspot kemalangan antaranya Jalan Teluk Air Tawar-Jalan Bagan Luar (Seberang Perai Utara) dan Jalan Perusahaan Perai-Jalan Kulim (Seberang Perai Tengah).

“Selain itu, lokasi lain ialah Jalan Besar Simpang Empat (KM12-KM32), Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu/ Jalan Ayer Itam, Jalan Ayer Itam-Paya Terubong, Jalan Sultan Azlan Shah serta Jalan Tun Dr Awang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI