fbpx

Usah terlibat dengan ajaran ‘mimpi’ Muhammad Qasim – JAIS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAIS.

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap umat Islam di negeri ini yang terlibat dengan ajaran ‘mimpi’ seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Qasim Abdul Karim.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai ajaran yang mendakwa mengetahui peristiwa akhir zaman menerusi mimpi individu tu.

“Tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang mempercayai, menyebar, mengikuti atau memperakui pandangan pernyataan mimpi Muhammad Qasim.

“Ia selaras dengan peruntukan yang ditetapkan oleh undang- undang mengenai perkara (ajaran) tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahzihan.

Kelmarin, media melaporkan sebuah kumpulan yang mula bertapak di negara ini didakwa mengajak orang ramai mempercayai seorang lelaki dari Pakistan menerusi mimpinya berkaitan akhir zaman.

Kumpulan dikenali sebagai Gerakan Akhir Zaman (Gaza) yang berasal dari Indonesia itu dipercayai membuat persiapan akhir zaman berdasarkan mimpi Muhammad Qasim yang mendakwa hanya mengikut kehendak Allah S.W.T.

Jelas Mohd. Shahzihan, pihaknya bagaimanapun tidak mempunyai bidang kuasa bagi mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas Muhammad Qasim.

“Ia berikutan siasatan awal kita mendapati lelaki yang disyaki terlibat itu tidak melakukan perbuatan berkenaan di Selangor. Perkara tersebut berada di luar bidang kuasa JAIS,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai diseru supaya tidak mudah terpedaya dengan keyakinan terhadap perkara berkaitan agama yang bersifat terpencil daripada pengetahuan awam. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI