fbpx

Susur masuk Plaza Tol Kajang arah KL ditutup sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR rajah penutupan susur masuk Plaza Tol Kajang yang akan ditutup bermula 9 September hingga 9 Oktober depan.

KUALA LUMPUR- Jalan susur masuk Plaza Tol Kajang menghala Kuala Lumpur (KL) akan ditutup kepada semua kenderaan selama sebulan bermula 9 September hingga 9 Oktober depan.

Menurut kenyataan dikeluarkan PLUS Malaysia Bhd. (PLUS), penutupan susur masuk itu bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi pada tarikh yang dinyatakan.

“Pelanggan lebuh raya dari arah Kajang yang ingin ke KL dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif dengan melalui Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) atau Lebuhraya Besraya.

“Mereka juga boleh menggunakan Lebuhraya SILK dan Besraya untuk memasuki Lebuhraya PLUS melalui Plaza Tol Universiti Putra Maaysia,” katanya di sini tadi.

Tambah kenyataan itu, penutupan susur masuk itu bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan memotong pokok besar menggunakan jentera khas dapat dilakukan secara selamat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI