fbpx

Anak gajah kelapan lahir di Zoo Taiping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak gajah yang menjadi penghuni baru Zoo Taiping merupakan kelahiran kelapan haiwan itu di zoo tersebut.

Oleh LIYANA RAMLI

TAIPING – Zoo Taiping dan Safari Malam (Zoo Taiping) membuka lembaran tahun baharu dengan berita gembira apabila menyambut kelahiran seekor anak gajah pada 1 Januari lalu.

Anak gajah seberat kira-kira 80 kilogram (kg) itu dilahirkan ibunya bernama ‘Kelian’ berusia 12 tahun. Kelian dilahirkan di zoo tersebut pada 2009.

Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, Zoo Taiping kini mempunyai 11 ekor gajah Malaysia dan kelahiran terbaharu itu adalah yang kelapan disambutdi zoo berkenaan.

“Setiap anak gajah yang lahir akan tinggal bersama ibunya lebih kurang enam hingga tujuh tahun manakala tempoh penceraian susu sekitar umur 3 hingga 4 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Selain kelahiran anak gajah, Zoo Taiping turut menerima beberapa kelahiran sepanjang tahun lalu antaranya rusa ubi, burung botak upeh, landak raya, burung keria mahkota, rusa Bawean dan burung tiong mas.

Dalam pada itu, Khairul Amir berkata, Zoo Taiping juga menyambut baik segala bantuan dan sumbangan yang berupa peruntukan dana dan sumbangan bekalan makanan demi kelangsungan pengoperasian zoo.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI