fbpx

Ott semakin serasi dengan TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OTT pastinya bersungguh-sungguh mencari keserasian bersama rakan-rakan sepasukan pada latihan pramusim.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PENGALAMAN bersama Melaka United (MU) membantu pemain kelahiran Munich, Jerman, Manuel Ott segera menyesuaikan diri dengan Terengganu FC (TFC).

Pemain tengah berusia 30 tahun itu berkata, perbincangan bersama ketua jurulatih, Mohd. Nafuzi Zain dalam sesi latihan juga menambah keyakinan untuk mencapai keserasian segera dengan skuad Sang Penyu.

“Bagi saya, kami memiliki cukup ramuan untuk bergelar juara dengan adunan pemain muda berkualiti dan dibantu import berpengalaman.

“Buat masa ini, saya sedang mengenali dan memahami corak permainan rakan sepasukan. Tidak sabar untuk beraksi dan memberikan impak kepada pasukan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kuala Nerus, Terengganu semalam.

Ott berkata, beliau optimis TFC mencapai sasaran tinggi musim ini memandangkan skuad itu dikenali mempunyai mentaliti menang.

Pemain naturalisasi Filipina tersebut berkata, dia mahu membaiki rekod enam gol dihasilkan dalam Liga Super dan Piala Malaysia musim lalu sekali gus menghidupkan jentera tengah TFC.

“Keutamaan saya kini membantu TFC mencapai sasaran dua tempat teratas Liga Super dan menjuarai Piala FA.

“Intensiti latihan pra-musim cukup tinggi dan semua pemain termasuk saya yang merupakan muka baharu sedang mengenali antara satu sama lain.

Bekas pemain Ratchaburi FC itu dijangka menjadi nadi TFC selain pemain kelahiran Bahrain, Habib Haroon berikutan ketiadaan tonggak musim lalu, Lee Tuck dan Dechi Marcel di bahagian tengah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI