fbpx

Geng Sadam edar dadah tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOORZAINY (tengah) menunjukkan sebahagian dadah jenis heroin dan syabu yang dirampas dalam sidang media di IPD SPU, Kepala Batas di sinu hari ini. Pix SITI NUR MAS ERAH AMRAN

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dikenali sebagai Geng Sadam dalam serbuan di Ujong Batu, Butterworth di sini pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam operasi kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu, pihaknya menahan lima lelaki warga tempatan dan tiga lelaki warga Myanmar berusia di antara 21 sehingga 49 tahun.

“Polis turut merampas 4 kilogram (kg) dadah disyaki jenis heroin dan (1.53kg) syabu yang dianggarkan bernilai RM96,756.

“Selain itu kita merampas lapan buah kenderaan, barang kemas dan wang tunai sebanyak RM19,435 yang keseluruhannya berjumlah RM118,158.90,” katanya pada sidang akhbar di sini Ibu Pejabat Polis Daerah SPU, Kepala Batas di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga Khamis ini bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI