fbpx

Indonesia bakal adakan Pemilu pada 14 Februari 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Joko Widodo (kanan) mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia untuk penggal kedua bagi tempoh lima tahun semasa majlis perasmian di parlimen di Jakarta pada 20 Oktober 2019. - AFP

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi)  sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak berhasrat untuk meneruskan penggal ketiga pemerintahan seperti yang didakwa oleh banyak pihak, lapor laman berita Benar News kelmarin.

Menurut Jokowi, beliau tidak berminat untuk memegang jawatan pemimpin tertinggi Indonesia itu lebih lama daripada tempoh sepatutnya.

“Saya boleh beri jaminan kepada anda, saya tidak mahu sebarang pemanjangan dalam tempoh berkhidmat sebagai Presiden Indonesia,” jelasnya.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya  Indonesia baru-baru ini mengisytiharkan tarikh pemilihan umum presiden (Pemilu) telah ditetapkan pada 14 Februari 2024.

Ini sekali gus menutup khabar angin yang mengatakan bahawa khidmat Jokowi akan dipanjangkan untuk satu penggal lagi tanpa sebarang Pemilu.

Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya, Ilham Saputra berkata, pemilihan ketua daerah, datuk bandar dan gabenor wilayah akan berlangsung serentak di seluruh negara pada 27 November tahun yang sama.

Bagi mengurangkan polarisasi politik, suruhanjaya berkenaan mengesyorkan tempoh berkempen selama empat bulan mulai 14 Oktober 2023.

“Empat bulan sudah memadai. Orang ramai tidak seharusnya berpecah-belah terlalu lama dan kami berpendapat bahawa dengan teknologi komunikasi, media dan media sosial, ini adalah masa yang cukup,” tegas Ilham. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI