fbpx

Puluhan senjata api dicuri dari gerabak kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta api yang disamun di California, kelmarin. -CNN

LOS ANGELES, California – Berpuluh-puluh senjata api dicuri daripada beberapa kereta api barang yang disamun di Los Angeles, kata ketua polis bandar raya itu, Michael Moore.

“Orang awam memecah masuk ke dalam kontena-kontena dan mencuri senjata api, berpuluh-puluh laras senjata api.

“Perkembangan ini memberi kebimbangan kepada kami bahawa senjata tersebut digunakan untuk  tujuan  keganasan di Los Angeles,” katanya.

Sebuah pasukan agensi berita AFP merakam beribu-ribu kotak kosong dibuang di sepanjang landasan kereta api dekat pusat bandar Los Angeles dengan sejumlah besar daripadanya adalah dari peruncit utama seperti Target dan dihantar melalui syarikat kurier seperti UPS dan  FedEx.

Pencuri-pencuri menunggu sehingga kereta api barang yang panjang itu berhenti di landasan dan memecahkan mangga kunci dengan pemotong besi.

Mereka kemudian mencuri bungkusan-bungkusan dengan membiarkan barangan yang sukar untuk dijual.

Senjata api yang dibeli secara online tidak boleh dihantar terus kepada pelanggaan tetapi boleh dihantar kepada pengedar berlesen untuk diambil oleh mereka.

Sejak Disember 2020, pengendali kereta api, Union Pacific yang mana konvoinya menjadi sasaran, menyaksikan peningkatan 160 peratus dalam kecurian di Los Angeles.

“Pada Oktober 2021 sahaja, peningkatan tersebut mencapai 356 peratus berbanding Oktober 2020,” kata Union Pacific kepada pihak berkuasa tempatan. 

Syarikat yang mengendalikan laluan sepanjang 450 kilometer di Daerah Los Angeles itu menyatakan, kerugian akibat kecurian barangan yang dibawanya pada 2021 adalah sekitar AS$5 juta (RM21 juta). – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI