fbpx

Hong Kong buka pintu sempadan awal 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai membeli-belah menjelang Tahun Baharu Cina di Hong Kong, kelmarin. - CNN

HONG KONG – Pintus sempadan Hong Kong dijangka hanya akan dibuka semula pada awal 2024 berikutan pelaksanaan sekatan Covid-19 yang ketat, lapor akhbar Bangkok Post semalam.

Menurut satu laporan sulit Dewan Perniagaan Eropah, sekatan itu juga dikhuatiri boleh mencetuskan penghijrahan firma dan kakitangan asing sekali gus menjejaskan peranannya sebagai hab kewangan.

Keterbatasan keberkesanan terhad vaksin yang dibangunkan secara tempatan memaksa tanah besar China mengekalkan sekatan ketat ke atas perjalanan antarabangsa.

Setakat ini, senario yang digambarkan buat Hong Kong adalah ia tidak akan dibuka semula sehingga China melancarkan vaksin mRNA buatan tempatan kepada  1.4 bilion penduduknya.

Ini boleh mengambil masa sehingga lewat 2023 atau awal 2024.

“Jika itu berlaku, terdapat risiko kesan lata kebanyakan firma besar meninggalkan hab kewangan Asia tersebut.

“Kami menjangkakan penghijrahan warga asing, mungkin yang terbesar dari Hong Kong yang pernah dilihat di rantau ini,” tulis laporan tersebut.

Meskipun Hong Kong telah berjaya mengawal virus itu untuk sebahagian besar tahun 2021, ia juga telah menjadi salah satu tempat paling terpencil di dunia.

Ini kerana sekatan perjalanannya dan sekatan berselang-seli yang meletihkan semua penduduk wilayah autonomi China itu.

Hong Kong menyaksikan lonjakan jangkitan Covid-19 pada Januari ini yang menimbulkan pergelutan buat pihak berkuasa dalam usaha mengekang penularan.

Wilayah itu juga boleh kehilangan daya tarikannya sebagai hab perniagaan antarabangsa serta potensinya untuk menyumbang kepada ekonomi China. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI