fbpx

PM jumpa BAM, Zii Jia dan Jin Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI (tiga dari kiri) berbual dengan Zii Jia (tiga dari kanan) sambil dihadiri Norza (dua dari kiri) dan Jin Wei (dua dari kanan) di Putra Perdana tengah hari tadi.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi gambaran isu antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia serta bekas perseorangan wanita, Goh Jin Wei sudah selesai.

Zii Jia, Jin Wei dan BAM yang diwakili Presiden, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengadakan perjumpaan serta perbincangan bersama Ismail Sabri di Putra Perdana tengah hari tadi.

Menerusi status yang dimuat naik di laman media sosial Facebook sebentar tadi, beliau berharap sukan badminton negara akan terus cemerlang selepas dibelenggu isu panas sebelum ini.

“Bertemu dengan Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria bersama kepimpinan tertinggi BAM. Turut serta, jaguh badminton negara, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei di Perdana Putra tengah hari tadi.

“Perbincangan yang bermanfaat. Alhamdulillah semua selesai. Semoga sukan badminton negara terus cemerlang di pentas dunia dan Jalur Gemilang kembali berkibar di luar negara,” katanya.

Terdahulu, arena sukan kebangsaan gempar apabila badan induk sukan badminton negara itu mengambil keputusan tidak mendaftarkan nama Zii Jia dan Jin Wei dalam mana-mana kejohanan selama dua tahun.

Tindakan itu gara-gara keputusan dua pemain terbabit yang memilih untuk meninggalkan BAM dan bergerak secara profesional.

Bagaimanapun, kemelut dianggap hampir selesai apabila kedua-dua pemain tersebut sudah membuat rayuan selain Zii Jia yang mendapat restu Mohamad Norza untuk menjadi pemain profesional.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI