fbpx

Equatorial Guinea terus ‘bunuh’ gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OWONO

YAOUNDE, CAMEROON – Equatorial Guinea meneruskan status mereka sebagai ‘pembunuh gergasi’ selepas layak ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) apabila mengetepikan Mali 6-5 menerusi sepakan penalti, awal pagi semalam.

Penentuan penalti terpaksa dilakukan selepas kedua-dua pasukan gagal menghasilkan sebarang jaringan dalam tempoh 120 minit permainan dan Equatorial Guinea bakal berdepan satu lagi tugas sukar apabila dijadualkan bertemu naib juara dua kali, Senegal.

Penjaga gol berusia 20 tahun, Jesus Owo­no muncul wira Equatorial Guinea selepas tampil cemerlang termasuk menyelamatkan penalti terakhir Mali yang diambil oleh Falaye Sacko.

Pada perlawanan itu, Mali di­letakkan sebagai pasukan pilihan untuk layak apabila mendominasi dan mencipta banyak pe­luang, namun ia gagal disudahkan de­ngan baik.

“Ia menjadi detik bersejarah buat kami untuk melangkah sejauh ini dan ia hasil kerja keras daripada pemain saya,” kata pe­ngendali Equatorial Guinea, Juan Micha.

Sementara itu, pengendali Mali, Mohamed Magassouba tidak dapat menyembunyikan kekecewaan dan menyifatkan pasukan­nya lebih berhak untuk mara lebih jauh pada kempen kali ini.

Sebelum ini, Equatorial Gui­nea turut menewaskan juara bertahan, Algeria dan Sierra Leone dalam saingan peringkat Kumpulan E. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI