fbpx

Salah bantu Mesir layak ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH (kiri) menyempurnakan sepakan penalti terakhir Mesir untuk mereka mara dengan menyingkirkan Ivory Coast. – AFP

YAOUNDE, CAMEROON – Mesir membuktikan yang mereka mampu untuk mengatasi segala tekanan selepas mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) dengan menewaskan Ivory Coast 5-4 pada penentuan pe­nalti, awal pagi semalam.

Dalam masa permainan sebenar, kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan yang menyaksikan pertahanan Ivory Coast, Eric Bailly gagal me­nyempurnakan penalti dan Mohamed Salah nyata tenang untuk menyudahkan sepakan kemenangan buat Mesir.

Situasi itu diakui sendiri pengendalinya, Carlos Queiroz yang menyifatkan anak buah­nya sudah kembali menemui permainan sebenar sekaligus mengurangkan tekanan buat jurulatih dari Portugal itu selepas sering dikritik ekoran persembahan kurang meyakinkan pada pering­kat kumpulan.

Bagaimanapun, aksi awal pagi semalam menyaksikan skuad The Pharaohs tampil aksi berbeza, namun seakan tidak bernasib baik untuk menghasilkan jaringan kemenangan sepanjang 120 minit.

“Kami berhak untuk mendapatkan kemenangan dalam masa permainan sebenar apabila berjaya menguasai permainan dengan baik. Tekanan beri kami inspirasi dan motivasi untuk bermain lebih baik,” kata Queiroz.

Pemburuan kejuaraan kali kelapan Mesir diteruskan dan di peringkat suku akhir mereka dijadualkan bertemu Maghribi, tengah malam Ahad ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI