fbpx

Pemandu lori panggil polis bodoh ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OMAR

KUALA KANGSAR – Seorang pemandu lori melakukan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kesat pada anggota polis menyebabkan dia ditahan di Kilometer 50, Jalan Ipoh-Taiping di sini semalam.

Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan pada pukul 11.10 pagi ketika Op Perdagangan dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar.

Difahamkan, kata-kata kesat yang dikeluarkan pemandu lori muatan pasir itu seperti, ‘babi, haram jadah polis dan bodoh polis’.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, provokasi dilakukan suspek tersebut ketika anggota polis mahu mengeluarkan saman terhadapnya.

“Semasa operasi itu, kita telah menahan sebuah lori dan hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut mendapati tidak dilengkapi dengan peralatan segitiga keselamatan.

“Semasa anggota hendak mengeluarkan saman, lelaki itu telah mengeluarkan kata-kata kesat dan enggan memberikan kerjasama sebelum tangkapan dibuat ke atas suspek,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, ujian air kencing telah dilakukan terhadap lelaki itu namun keputusan ujian tersebut masih belum diterima pihaknya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI