fbpx

Daniel, AJK masjid bersemuka esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan seorang remaja dimandikan seperti jenazah selepas ditangkap mencuri tabung sebuah masjid.

SHAH ALAM – Remaja yang tular dan dimandikan selepas ditangkap mencuri tabung sebuah masjid di Kuang, Rawang dekat sini dan pihak Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid dijadual bersemuka esok.

Pengerusi Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, sesi pertemuan yang disarankan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini dirancang untuk diadakan minggu lalu.

Bagaimanapun, katanya, ia ditunda kepada esok memandangkan Daniel Iskandar, 18, dimasukkan ke hospital selepas diserang sawan.

“Berdasarkan perancangan, ia akan dibuat di masjid berkenaan esok selepas waktu asar.

Berita berkaitan: Daniel mohon bon berkelakuan baik 

Berita berkaitan: Daniel jalani khidmat sosial 120 jam di masjid 

“Selain PPMM, pertemuan itu dijangka dihadiri oleh Daniel dan keluarganya, ia dijangka dihadiri oleh pihak masjid,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perutusan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) 2020 di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI