fbpx

Sebuah lagi sekolah ditutup akibat Covid-19 di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad, Muar ditutup tujuh hari bermula semalam.

JOHOR BAHRU – Sebuah lagi sekolah di negeri ini telah diarah untuk ditutup kerana dipercayai berlaku penularan Covid-19.

Penutupan itu melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad, Muar.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, sekolah tersebut ditutup bermula semalam hingga 1 Februari depan.

Situasi itu menyaksikan kini terdapat empat buah sekolah yang ditutup akibat Covid-19 di negeri ini.

Semalam, beliau memaklumkan tiga ditutup iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Nong Chik; SK Larkin 1 dan Kolej Vokasional Tanjung Puteri.

“Ketika sesi pembelajaran sekolah disambung dahulu, terdapat 12 sekolah yang ditutup akibat terdapat penularan, namun ketika ini hanya tiga buah sekolah sahaja yang tinggal.

“SK Nong Chik ditutup bermula 17 hingga 27 Januari, melibatkan tiga murid dan dua guru manakala SK Larkin 1 ditutup bermula 22 hingga 28 Januari, melibatkan dua murid dan lima guru positif.

“Sementara itu, KV Tanjung Puteri ditutup 21 hingga 27 Januari, dengan empat murid positif,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI