fbpx

Pramusim pertama RNF MotoGP di Litar Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZLAN (tiga dari kanan) hadir pada majlis memperkenalkan pasukan dan livery jentera Yamaha YZR-M1 secara unik dengan diiringi opera di Verona, Itali semalam. – @rnfracingteam

KETERUJAAN saingan Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) 2022 kini bermula dan pasukan WithU Yamaha RNF MotoGP menjadi pasukan terawal membentangkan barisan pelumba mereka di Itali baru-baru ini.

Pasukan yang dikendalikan oleh anak Malaysia, Datuk Razlan Razali dilihat sudah bersedia selepas mempersembahkan pasukan dan livery jentera Yamaha YZR-M1 secara unik di Verona, Itali serta diiringi opera.

Pastinya, pasukan yang dike­tuai naib juara MotoGP tiga kali, Andrea Dovizioso serta pendatang baharu, Darryn Binder (Afrika Selatan) akan memulakan ujian pertama mereka pada aksi pramusim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 5 hingga 6 Februari depan.

Menurut Razlan, ujian rasmi pertama sudah hampir dan pas­tinya semua tidak sabar untuk kembali ke litar perlumbaan

“Pastinya sasaran utama adalah menjadi kompetitif dan melakukan terbaik dalam dalam mencapai matlamat kami. Lebih membanggakan, WithU sudah bersama kami sejak 2019.

“Kami menghargai komitmen berterusan mereka, sokongan, kepercayaan dan keyakinan dalam perjalanan baharu ini untuk tiga tahun akan datang.

“Kami juga berbesar hati untuk mengumumkan barisan pelumba MotoE iaitu Bradley Smith dan Niccolo Canepa menjelang perlumbaan akan datang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI