fbpx

Lebih separuh kebakaran di Pulau Burung dipadam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saadon (tengah) ketika menghadiri Kempen Keselamatan Keluarga Malaysia dan MBK di pasar raya AEON Mall Bukit Mertajam di Seberang Perai hari ini.

SEBERANG PERAI – Hanya tinggal kurang daripada separuh atau kira-kira 45 peratus daripada keseluruhan kawasan yang terbakar di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal di sini masih belum dipadamkan setakat ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Saadon Mokhtar berkata, pihaknya mendapat kerjasama baik daripada semua pihak yang terlibat sekaligus melancarkan operasi berkenaan.

“Selain air, kita turut menggunakan tanah yang disumbangkan oleh MBSP (Majlis Bandaraya Seberang Perai) iaitu kira-kira 50 hingga 60 lori sehari untuk membantu memadamkan api.

“Setakat ini, kita tak boleh beri jangkaan bila kebakaran ini boleh dipadamkan sepenuhnya, namun, kita akan cuba melakukan yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kempen Keselamatan Keluarga Malaysia dan Menghapuskan Bahaya Kebakaran (MBK) sempena Tahun Baru Cina di Bukit Mertajam di sini hari ini.

Insiden kebakaran di kawasan seluas kira-kira 11.3 hektar itu berlarutan sejak dua minggu lalu hingga memaksa kira-kira 90 buah keluarga dari dua kawasan berhampiran terpaksa dipindahkan selain menyebabkan 10 buah sekolah ditutup.

Dalam perkembangan lain Saadon berkata, statistik kebakaran, penyelamatan dan khidmat khas 24 jam di negeri ini pada tahun lepas menurun berbanding tahun sebelumnya dari segi jumlah kes, kematian atau kecederaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI