fbpx

Kai EXO sudah bosan jadi artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAI EXO

ANGGOTA kumpulan K-pop terkenal, EXO iaitu Kai mendedahkan, sudah mula berasa bosan dengan kerjaya sebagai anak seni.

Perkara tersebut diluahkan Kai menerusi satu temu bual dan penggambaran bersama majalah Esquire Korea baru-baru ini.

Kata Kai, saat paling sukar yang dilaluinya adalah sewaktu berdepan pandemik sejak hampir dua tahun lalu.

Ketika bercerita tentang bagaimana pemuzik dan artis tidak dapat membuat persembahan secara terbuka selama dua tahun disebabkan Covid-19, Kai tanpa malu mengakui tentang kehidupannya yang teruk terjejas.

“Dahulu saya fikir kebahagiaan terbesar sebagai penyanyi hanyalah menyanyikan lagu, tetapi bukan itu sahaja.

“Apabila saya mengeluarkan lagu, saya dapat melihat berapa ramai orang telah mendengarnya, tetapi ada kegembiraan yang sama sekali berbeza apabila saya berada di atas pentas.

“Apabila saya berada di atas pentas menyanyi dan menari serta melihat orang ramai menyanyi bersama-sama dengan saya, ada kegembiraan sebenar di dalamnya,” katanya.

Tambah Kai atau nama sebenarnya Kim Jong-in, 28, disebabkan wabak kian menular, dia tidak dapat membuat persembahan secara bersemuka di depan orang ramai.

“Bermula pertengahan tahun lalu, kami mula sibuk kerana sudah ada persembahan yang boleh dilakukan, tapi jujur saya rasa bosan dan langsung tiada motivasi diri.

“Ini kerana, saya tidak dapat berada di atas pentas dan hanya boleh buat konsert secara dalam talian. Saya rindukan semua peminat dan penyokong,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI