fbpx

Luna Maya tak kisah jadi ‘gadis tua’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUNA MAYA

SELEBRITI cantik seberang ini pernah memiliki masa lalu yang pahit untuk dikenang.

Siapa yang tidak pernah lupa tentang kontroversi membabitkan pelakon dan juga model Luna Maya, tentang ‘video panas’ membabitkan dirinya dengan bekas vokalis kumpulan Peter Pan iaitu Ariel tahun 2010.

Kejadian memalukan itu membuatkan kerjaya kedua-dua mereka merudum dan hancur. Menerusi sebuah wawancara dalam saluran YouTube milik selebriti Eko Patrio pada tahun 2020, Luna buat kali pertama terbuka untuk mengungkit semula sejarah hitam itu.

Tiga bulan pertama selepas video asmaranya bersama Ariel tersebar, pelakon filem Jakarta Undercover itu berasakan kehidupannya bakal berakhir apabila mula terfikir untuk mencabut sendiri nyawanya.

“Saya rasa seperti hendak mati (bunuh diri). Bukan kerana putus asa, tetapi kerana tidak tahan dibuli dan dihina masyarakat,” katanya.

Malah, wanita kelahiran Denpasar, Bali itu sempat terfikirkan persoalan paling rumit apabila menduga, pasti tidak ada golongan ibu bapa yang sudi bermenantukan dirinya suatu hari nanti.

Selepas lebih 10 tahun peristiwa kelam tersebut berlalu, Luna perlahan-lahan kembali bangkit membina semula kerjayanya sehingga kembali berada di puncak populariti.

Bagaimanapun, kalimat yang pernah diucapkan suatu ketika dahulu mungkin ibarat sumpah yang ‘memakan diri’.

MENITI usia 38 tahun, Luna tidak terburu-buru untuk mengakhiri zaman bujangnya selepas melalui banyak episod hitam dalam kehidupan.

Perkahwinan

Meniti usia 38 tahun, Luna masih sendiri tanpa lelaki bergelar suami. Banyak kali soalan tentang perkahwinan diajukan kepadanya.

Namun, alasan yang diberikan Luna mudah. Dia hanya berhati-hati dalam memilih pasangan dan tidak mahu terburu-buru menikah.

Dalam satu program hiburan bersama pelakon Titi Kamal baru-baru ini, Luna mengenang kembali masa-masa bercinta yang berakhir dengan kepahitan. Kerana itulah, wanita berdarah Austria itu sangat memilih.

“Ada hubungan yang terkandas kerana masalah saya sendiri. Ada juga yang gagal kerana pihak lelaki.

“Lama-kelamaan saya berfikir masalah yang terjadi itu bukan disebabkan oleh salah sesiapa. Bukan salah saya dan bukan juga salah si dia,” katanya.

Luna juga tidak kisah jika digelar perempuan tua yang belum berkahwin.

LUNA tidak mahu menjadikan faktor usia sedang memasuki angka 40-an sebagai alasan untuk mendirikan rumah tangga.

Pengacara Indonesia Next Top Model itu tidak mengimpikan perkahwinan gilang-gemilang namun pada akhirnya berantakan sehingga ke episod perceraian.

Selepas surutnya kisah bersama Ariel, Luna kembali menjalinkan hubungan cintanya bersama ahli perniagaan kaya-raya iaitu Reino Barack.

Umum mengetahui, Reino yang kini bergelar suami kepada selebriti popular, Syahrini pernah menjadi kekasih Luna selama lebih lima tahun sejak 2013.

Bahkan ketika itu, Luna tidak teragak-agak untuk berkongsi kisah cintanya bersama Reino dalam media sosial untuk tatapan peminatnya.

Namun, takdir tidak mengizinkan Luna dan Reino berjodohan. Selepas putus dengan Luna, masyarakat di Indonesia dikejutkan pula dengan berita pernikahan antara Reino dan Syahrini.

Mengetahui mantan kekasihnya menikah dengan teman baik sendiri, Luna juga pernah melayangkan sindiran keras kepada pelantun lagu Cinta Tapi Gengsi itu.

Tidak cukup dengan sinditan, Luna dikhabarkan pernah ‘menyerang’ Syahrini selepas mengetahui wanita itu merampas kekasihnya.

Selepas sekian lama memendam sakit hati, Luna akhirnya bersyukur kerana putus dengan Reino, sekali gus tidak bergelar isteri kepada jutawan muda itu.

“Buat saya mungkin dia (Reino) bukanlah yang terbaik, tapi buat orang lain (Syahrini), mungkin itu yang terbaik,” kata Luna.

Terkini, wanita kelahiran 26 Ogos 1983 itu kembali menuai sorotan media selepas mengaku telah melakukan pembekuan telur (egg freezing) atau mature oocyte cryopreservation.

SEBAGAI seorang wanita yang memiliki naluri keibuan, Luna mengakui teringin untuk memiliki zuriat sendiri suatu hari nanti.

Bekukan telur

Alasan Luna mudah. Dia tetap mahu mempunyai anak sendiri pada masa hadapan biarpun ketika itu usianya sudah semakin meningkat.

Ternyata Luna telah memikirkan kaedah pembekuan telur sejak empat tahun lalu dan telah merealisasikan impian tersebut pada tahun lepas.

“Selepas melakukan pembekuan telur, saya tidak lagi terbeban dengan perkahwinan dan seterusnya boleh memiliki zuriat.

“Saya masih boleh hamil tanpa memikirkan usia. Walaupun potensinya antara dua hingga 12 peratus sahaja, sekurang-kurangnya saya telah mencuba,” kata Luna.

Pemilik nama lengkap Luna Maya Sugeng boleh dianggap sebagai wanita yang tabah. Biarpun telah melalui pelbagai momen hitam sehingga memusnahkan karier seninya, hidupnya tidak terperosok.

Dia menggapai semula puncak kariernya yang pernah berkecai. Sejarah hitam yang berlaku mengajar Luna untuk menjadi seorang wanita yang lebih dewasa menelusuri kehidupan pada hari ini.

SELEBRITI kelahiran Bali ini pernah terfikir untuk mengakhiri hidupnya dengan cara membunuh diri selepas video asmaranya bersama penyanyi Ariel tersebar meluas.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI