KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan mengakui wujud kegiatan pembalakan dan penerokaan secara haram di beberapa kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kegiatan pembalakan haram di Kelantan ketika ini bagaimanapun dilihat masih terkawal berbanding negeri-negeri lain.
“Pembalakan haram itu berlaku di seluruh negara. Ia dilakukan orang yang tidak bertanggungjawab, cuma di Kelantan isu ini tidak serius.
Berita berkaitan: Kelantan pantau kegiatan pembalakan haram guna dron
“Pembalakan haram memang ada (di Kelantan). Sebagai contoh, orang kampung tebang HSK untuk menanam durian dan kelapa sawit,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.-K! ONLINE