fbpx

Bukan sekadar minat, tapi untuk bantu orang – Zizan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zizan mengakui niatnya membeli sebuah Toyota Hilux bukan disebabkan minat semata-mata, tetapi bertujuan membantu orang lain kelak.

PETALING JAYA – Episod musibah banjir yang melanda negara baru-baru ini menggerakkan hati pelawak dan pelakon, Zizan Razak untuk membeli sebuah kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bagi membantu mangsa banjir di masa hadapan.

Anak kelahiran Terengganu itu mendedahkan hatinya gusar ketika bencana banjir berlaku di sekitar Lembah Klang sebelum ini kerana jadual kerja mengekang pelakon itu daripada aktif membantu mangsa bah tersebut.

“Saya betul-betul resah ketika banjir kerana waktu itu sibuk penggambaran, jadi perasaan tidak dapat membantu membuatkan saya tidak senang duduk.

“Lagipun saya sudah lama mengidamkan sebuah Hilux, alang-alang bolehlah beli bagi memudahkan pergerakan atas faktor kerjaya sekali gus menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Ditanya sama ada dia giat memberi bantuan lain kepada golongan memerlukan, pelakon filem Polis Evo itu berseloroh dengan mengatakan dia lebih gemar mendiamkan sebarang amalan dan kebaikan yang dilakukan.

“Jika kebetulan mendapat peluang untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik, saya akui saya memang suka untuk bantu-membantu, namun takkan saya nak cerita dekat orang lain.

“Nanti orang cakap kita nak menunjuk kebaikan pula,” ujarnya.

Terdahulu, pelantun lagu Bawaku Pergi itu memuat naik sebuah video dalam laman media sosial peribadi miliknya menunjukkan kenderaan pacuan empat roda baharu yang dibelinya semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI