fbpx

Muhyiddin tidak bertanding beri kesan positif kempen PN Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin.Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dilihat akan memberi kesan positif kepada kempen Perikatan Nasional (PN) secara keseluruhannya.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Mohd. Solihan Badri berkata, hal itu kerana beliau tidak lagi perlu berkempen hanya untuk satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi sahaja.

Menurutnya, keputusan dibuat Presiden Bersatu itu sekaligus akan membolehkan beliau memberi tumpuan kepada segenap aspek jentera dan kempen PN di negeri ini.

“Jika Tan Sri (Muhyiddin Yassin) tidak bertanding dalam PRN Johor, saya lihat itu adalah satu kelebihan kerana beliau akan mempunyai banyak nasa untuk perkukuh peluang PN.

“Saya yakin dengan kepimpinan dan pengalaman beliau yang telah menghadapi pelbagai pilihan raya sebelum ini, kita akan mampu beroleh kemenangan,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata beliau tidak akan mempertahankan kerusinya dalam PRN Johor dan akan menyerahkan kerusi Bukit Gambir kepada tokoh lain untuk menerajuinya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI