fbpx

PRN Johor: Akar umbi mahu BN bergerak solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Hassan mengadakan sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan Bersama Pimpinan Utama Umno, MCA dan MIC Johor di Pejabat Umno Johor, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Majoriti kepimpinan di semua peringkat, bahagian dan akar umbi mahukan Barisan Nasional (BN) bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hasan berkata, UMNO Pusat akan meneliti terlebih dahulu sebelum memutuskan kerjasama yang dijalinkan dengan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Yang pastinya, beliau berkata, keputusan yang dibuat itu nanti akan memberikan kebaikan kepada Barisan Nasional.

“Kita akan melihat dengan teliti, mengkaji dengan teliti tentang perlunya diadakan kerjasama dengan Pas pada PRN Johor itu. Peringkat pimpinan tertinggi akan meneliti sebaiknya sebelum apa jua keputusan yang nak dibuat.

“Apa yang akan diputuskan itu nanti pastinya akan memberi kebaikan kepada BN pada PRN Johor,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI