JOHOR BAHRU – Hanya tiga buah sekolah yang masih ditutup di negeri ini akibat berlaku penularan kes wabak pandemik Covid-19 kawasan sekolah berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, ketiga-tiga sekolah berkenaan melibatkan daerah Johor Bahru.
Katanya, tiga sekolah berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Nong Chik, SK Larkin 1 dan Kolej Vokasional Tanjung Puteri.
“SK Nong Chik ditutup bermula 17 hingga 27 Januari, melibatkan tiga murid dan dua guru manakala SK Larkin 1 ditutup bermula 22 hingga 28 Januari, melibatkan dua murid dan lima guru positif.
“Sementara itu, KV Tanjung Puteri ditutup 21 hingga 27 Januari, dengan empat murid positif,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.-K! ONLINE