fbpx

Bekas pengurus didenda RM10,000 tidak lapor rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yazil (tengah) ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini

SHAH ALAM – Perbuatan seorang bekas pengurus perolehan di sebuah syarikat kurier yang tidak melaporkan pemberian rasuah berjumlah RM500, dua tahun lalu memakan diri apabila didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Tertuduh, Mohd. Yazil Elham Mohamed@Yahya, 48, dijatuhi hukuman itu oleh Hakim Rozilah Salleh selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan.

Sekiranya gagal membayar, Mohd. Yazil yang merupakan pengusaha resort di Dabong, Kelantan diarahkan dipenjara empat bulan.

Mohd. Yazil didakwa telah diberikan rasuah berjumlah RM500 oleh seorang individu melalui akaun simpanan Maybank milik isterinya namun gagal melaporkan pemberian itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pegawai polis.

Wang rasuah itu sebagai dorongan membantu mendapatkan kerja-kerja Transfer Rice From Vessel To Designated BERNAS Project From Port Klang To Bernas Warehouse bernilai RM3.84juta.

Bapa kepada dua anak termasuk seorang daripadanya Orang Kelainan Upaya (OKU) melakukan kesalahan itu di sebuah cawangan bank di Seksyen 14, Petaling Jaya pada 17 April 2020.

Justeru, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(2) akta sama.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI