fbpx

Polis siasat kes pecah amanah setengah juta babitkan pekerja wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan berhubung kes pecah amanah membabitkan seorang kakitangan Perbadanan Pengurusan Kondominium OG Height.

Ia selepas suspek menghilang diri sejak September 2020 selepas didakwa melarikan wang pengurusan membabitkan nilai melebihi setengah juta ringgit.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, siasatan awal mendapati suspek telah mengeluarkan resit penyelenggaraan penduduk yang berbeza dengan jumlah kemasukkan wang kutipan ke dalam akaun syarikat sejak bulan Julai 2016 sehingga September 2020.

“Namun begitu, tindakan siasatan masih diteruskan bagi mendapatkan jumlah kerugian yang sebenar dan dokumen lengkap dari pihak Perbadanan Pengurusan.

“Pihak polis telah memanggil beberapa saksi berkaitan kes ini bagi membantu siasatan dan kertas siasatan akan dibuka dan dijalankan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mengulas lanjut, Amihizam berkata, usaha mengesan suspek juga giat dijalankan dan orang ramai dinasihatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes itu.

Terdahulu, Pengurusan Kondominium OG Heights, Alvin Mah memaklumkan menerusi satu kenyataan media Selasa lalu seorang wanita berusia 64 tahun telah menghilangkan diri selepas berjumpa doktor sejak 25 September 2020 lepas.

Laporan polis telah dibuat oleh badan pengurusan mengenai kehilangan wanita terbabit selepas gagal dihubungi lima hari kemudian di IPD Brickfields. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI