fbpx

Amaran ribut petir di Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak berdepan amaran hujan lebat dan ribut petir sehingga pukul 2 petang nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, kawasan terlibat di Sarawak meliputi Kuching (Lundu dan Kuching) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu).

“Selain itu, amaran sama turut melibatkan kawasan Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang.

“Di Sabah pula, kawasan terlibat ialah Kuala Penyu selain Labuan yang turut menerima amaran sama,” katanya di sini tadi.

Katanya, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI