fbpx

Dua CEO syarikat ditahan berhubung kes penyelewengan projek kapal LCS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menemui satu petunjuk baharu dalam siasatan ke atas kontrak perolehan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) yang dilaksanakan oleh Boustead Naval Shipyard.

Menurut sumber, susulan penemuan petunjuk baharu itu, seramai dua individu yang merupakan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat yang terlibat dalam projek tersebut telah ditahan oleh SPRM.

“Kedua-dua suspek yang berusia 79 dan 49 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberikan keterangan petang semalam.

“Kedua-dua mereka ditahan kerana disyaki melakukan penyelewengan dan menerima rasuah menerusi pembayaran yang dibuat kepada tiga syarikat di luar negara malah salah seorang daripada mereka turut disyaki menerima rasuah daripada sub-kontraktor yang dilantik bagi mengendalikan projek tersebut,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan berhubung tangkapan tersebut dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, satu laporan telah diterima oleh SPRM berhubung satu projek pembinaan enam buah kapal LCS oleh Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) susulan kegagalan pihak berkenaan menyerahkan kapal tersebut mengikut tempoh ditetapkan.

Mengikut kontrak asal yang ditandatangani pada 2014, Tentera Laut Diraja Malaysia sepatutnya menerima LCS pertama pada April 2019 setelah membuat bayaran sebanyak RM6 bilion.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI