fbpx

162 kes Omicron dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 162 kes baharu Variant of Concern (VOC) Omicron telah dilaporkan dari 23 Januari hingga hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti virus SARS-CoV-2 dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) sebanyak 7,056 kes.

Daripada 162 kes tersebut, ia dilaporkan di Selangor (59), Kuala Lumpur (39), Kedah (13), Negeri Sembilan (10), Kelantan (10), Johor (8), Pahang (6), Perak (5), Pulau Pinang (4), Melaka (2), Perlis (2), Sabah (2), Terengganu (1) dan Putrajaya (1).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Institute of Medical Research (IMR) mengenal pasti 89 kes, Faculty of Medicine University of Malaya (FOM-UM) dengan 71 kes manakala, Malaysia Genome and Vaccine Institute (MGI) pula mengesan dua kes.

“Daripada jumlah 7,056 kes tersebut, 7,036 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan sehingga kini, bagi VOC terdapat 6,188 kes varian Delta, 601 kes varian Omicron, 233 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha.

“Bagi kes-kes VOI, terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa tiga kes varian Eta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI