fbpx

Cameroon tamatkan fantasi Comoros

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAMEROON berjaya mara ke saingan suku akhir selepas menundukkan Comoros 2-1 pada aksi pusingan kalah mati awal pagi semalam. – AFP

OLEMBE, CAMEROON – Juara lima kali, Cameroon dilihat lebih bernasib baik mara ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Comoros di Stadium Olembe awal pagi semalam.

Biarpun memegang 66 peratus penguasaan padang, namun Cameroon bergelut untuk menewaskan Comoros yang ber­aksi dengan 10 pemain selepas Jimmy Abdou dilayangkan kad merah seawal minit ketujuh permainan.

Lebih malang, Cameroon gagal mencari jalan untuk meledak lebih banyak jaringan menewaskan bek kiri Comoros, Chaker Alhadhur yang terpaksa diletakkan sebagai penjaga gol selepas tiga pemain di posisi itu tidak dapat diturunkan.

Ia selepas penjaga gol utama Comoros, Salim Ben Boina me­ng­alami kecederaan, manakala pilihan kedua dan ketiga pasukan itu, Ali Ahamada dan Moyadh Ousseini pula disahkan positif Covid-19.

Pengendali Cameroon, Toni Conceicao menuntut barisan pemainnya bangkit memberikan aksi yang lebih memberangsangkan dalam perlawanan seterus­nya apabila bertemu Gambia di peringkat suku akhir pada Sabtu ini.

“Kami mempunyai tanggungjawab yang amat besar kerana kami beraksi sebagai tuan rumah. Sudah tentu rakyat Came­roon mahu melihat pasukan ini menamatkan saingan AFCON sebagai juara.

“Saya masih menaruh sepenuh kepercayaan kepada barisan pemain kerana saya percaya mereka mampu menangani setiap tekanan ketika ini,” kata­nya.

Dua gol Cameroon dalam aksi itu diperoleh menerusi Karl Toko Ekambi dan Vincent Aboubakar pada minit ke-29 serta 70, manakala Youssouf M’Changama menghadiahkan jaringan sagu hati buat Comoros pada lewat permainan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI