fbpx

Kelibat Balotelli kembali perkuat The Azzurri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Balotelli berjaya meledak sembilan jaringan dan melakukan lima umpanan gol ketika beraksi bersama kelabnya musim ini. – AFP

ROM – Bekas penyerang sensasi Itali, Mario Balotelli tenang selepas namanya diumumkan kembali bersama skuad kebangsaan oleh ketua jurulatih The Azzurri, Roberto Mancini selepas tiga tahun tersisih.

Mancini dilaporkan terpaksa memanggil Balotelli ke­rana mendapati jentera serangan pasukan itu agak tumpul dan memerlukan seorang pe­nyerang tulen yang berpengalaman ketika mereka terpaksa beraksi dalam saingan playoff ke Piala Dunia 2022.

Pemain berusia 31 tahun itu ketika ini sedang beraksi bersama kelab di Turki, Adana Demirspor membuat penampilan terakhir bersama Itali pada September 2018 ketika me­nyertai aksi Liga Negara-Negara Eropah menentang Poland.

Bagaimanapun, dia dikejutkan dengan panggilan daripada Mancini untuk menyertai sesi latihan pasukan kebangsaan negara itu di Coverciano minggu ini.

“Saya dalam keadaan baik. Pada usia 31 tahun, bermain untuk pasukan kebangsaan adalah normal.

“Saya berharap Itali mampu untuk melayakkan diri ke sai­ngan Piala Dunia, mereka layak untuk berada di sana nanti. Saya tidak tahu mengapa mereka terpaksa melalui aksi playoff tetapi perkara itu berlaku,” katanya.

Ditanya mengenai hubu­ngannya dengan Mancini selepas kedua-dua mereka pernah bertelagah ketika di Manchester City, Balotelli mengakui ia berada dalam keadaan baik.

“Kami sudah mengadakan perbincangan, semuanya dalam kea­daan baik. Beliau telah memberikan saya peluang dan saya berharap mampu membalas kepercayaan itu,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI