PETALING JAYA – Seorang wanita disifatkan beruntung kerana menerima seutas rantai emas dengan loket medal pada hari pertunangannya.
Berdasarkan video berdurasi sembilan saat dikongsikan di aplikasi Tiktok, @bie__amd berkata, biasanya orang yang bertunang disarungkan cincin, namun berbeza dengan kawan baiknya yang menerima rantai emas berserta loket berbentuk medal.
Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai terpegun melihat rantai emas berbentuk medal yang diberikan untuk acara tunang.
“Medal hadiah pertama rentas ke hati anak lelaki gitu,” kata @nursuraya.
“Berapa belas ribu la rantai emas itu,” ujar @Nadia.
“Keluarganya kaya ini, tengok kat tangan pun tahu,” kata @xhanahamzah. – K! ONLINE